Bahulu Batik Mekar Kukus

July 6, 2010 Leave a comment

Bahulu Batik Mekar Kukus

Salaam….

Hari tu tengok dekat blog Mamafami, bahulu batik yang dia buat betul2 mekar, mengancam sungguh. Rupa2nya, barulahku tahu, banyak versi bahulu ni rupanya. Ingatkan bahulu ni yg macam bahulu2 tradisional jer. Tapi kalau tak silap, ada jugak yang panggil bahulu mekar ni apam/apom. Apapun , tak kisahlah. Yang penting, projek bahulu mekarku terhasillah jua, walaupun dia tak habis mekar lagi. Nothing more I can say, thank you Mamafami & kakfida for sharing this sweet bahulu mekar. I paste the recipe just in case anybody want to give it a try (copied from mamafami, tq mamafami ).

Bahulu Mekar kukus

Source : Kak Fida

Ingredients (yields 12 – 14 pieces) :

125g flour
1 teaspoon baking powder
115g caster sugar
1/2 teaspoon (heap)ovallete
4 1/2 tablespoons fresh milk
1 egg (large)
1/2 teaspoon vanilla essence
1 teaspoon chocolate paste/emulco ** I omit, and put some pink coloring

Method :

1. Sift flour and baking powder into the mixer bowl.
2. Add in caster sugar, ovallete, fresh milk, egg and vanilla essence.
3. Whip at high speed till mixture thickens.
4. Divide the mixture into two equal portions. Add chocolate paste into one portion and leave the other plain.
5. Spoon the plain and chocolate mixture alternately into the prepared papercups till 3/4 full.
6. Steam at high temperature for 10 to 15 minutes. ** I steamed much longer

Categories: Makan-makan

KEK MARBLE TRIO

July 2, 2010 Leave a comment

KEK MARBLE TRIO


Antara kek2 yang pernah dicuba resepinya, ini antara kek yang paling dekat dihatiku.. hehe, hatiku yer. Tapi memang kena dengan selera, bahaya kalau buat selalu nih!. Jumpa resepi ni dekat blog sapa lagi kalau bukan Mamafami. Mamafami pulak dapat dari  Ah Mat Gebu sifu masak2. Arigato gozaimass!!! hait!. Since I got it from mamafami, so I just paste it from your blog, mama. Thanks again. This is the recipe – check it out!.

KEK MARBLE TRIO
Source : Mamafami, Cik Mat Gebu

Ingredients :

300g butter
280g flour*
1 tablespoon milk powder*
1 teaspoon baking*(sift together all ingredients marked *)
5 large eggs
1 tablespoon ovalette (cake stabiliser)
250g castor sugar
50ml fresh milk
1 1/2 teaspoons chocolate emulco – I used cocoa powder
1 teaspoon strawberry emulco – I used rose coloring aje!
1 /2 teaspoon rose essence  – ni pun x de
a tint of pink coloring

METHOD :

1. Prepare an 8 x 8 x 3 inches cake tin. Grease the sides with butter and a bit of flour. Line the base with greaseproof paper.
2. Beat butter till pale in color. I beat manually. Add in flour, a little at a time till all flour are used and mixture is well mixed. Set aside.
3. In a mixing bowl (clean and dry), beat eggs and ovalette.
4. Add in sugar, a little at a time and continue beating on high speed till mixture is light and fluffy, like the chiffon mixture.
5. Reduce the speed and add in the butter and flour mixture, a little at a time.
6. Pour in the fresh milk and rose essence.
7. Divide the mixture into 3 equal portions. Add 1 portion with chocolate emulco. Another portion with strawberry emulco and a tint of pink coloring. Leave 1 portion plain.
8. Spoon 2 tablespoons of plain mixture onto the middle of the cake tin. Top it with 2 spoonful of pink mixture, followed by the chocolate mixture. Repeat the process until all the mixture are used up.
9. Bake in a preheated oven at 180 C for 40 to 45 minutes. – my oven is differ

Categories: Makan-makan

Roti Jala dan Kuah Kari

July 2, 2010 Leave a comment

Roti Jala dan Kuah Kari


Ini pun entri tertangguh. Ini sebenarnya dari kes rempeyek tersalah pakai tepung gandum la ni. Hari sebelum kejadiannya, bancuhan untuk rempeyek sudah tersilap lah!. Jadi, daripada buang bancuhan tu, sayang woo..ia sudah ditukarkan ke roti jala.. tada!!. Lepas masuk peti sejuk bancuhan tu, malam tu terfikir untuk transformkan bancuhan tadi ke something yang sesuai. Esoknya, dapatlah idea untuk jadikan dia roti jala. So, bancuhan tadi ditapis (sebab bancuhan rempeyek kan dah berrcampur dgn serba makneka tu – ikan bilis, jintan dsb) dan jadilah dia bancuhan baru. Kebetulan pulak sebelum ni menjengah blog Ilham dapur, dia punya roti jala cantiknya. Rupa2 nya dia gunakan botol sos yang plastik tu (botol kosong yg beli kat kedai tu.. ). Hmm apalagi, kena cuba ni, sebab sebelum ni dah beberapa kali buat pakai acuan roti jala tu, apa – tak menjadi kak kiah!. Apalagi, operasi menebuk pun dijalankan dan hasilnya, memang menjadik. Gumbiranya rasa di dalam hati!. Thanks to ilhamdapur, for sharing the way to ’menjala’ that roti jala. Tapi roti jala ni tak secantik yang ilhamdapur punya, sebab saiz dia kecik sangat. Kuali yang diguna tu kecik sangat, kebetulan pulak nak test kuali redeem dari Giant. Hehe.

ni waktu menjala dalam non stick pan

Categories: Makan-makan

Tumpi Kacang Hijau

June 25, 2010 Leave a comment

Salam, again.

I’ve tried making this rempeyek sometime in May, or April. First time in my life, I finally made my own rempeyek. Cayalah. I came across the recipe from the ‘debom bam bom’ blog, our pakcik mat gebu. So many thanks to you uncle mat, for sharing your mum’s recipe. Here, I copied and paste the recipe from uncle mat. But I only made half of the ingredients.


Tumpi/ rempeyek:

Sumber: Mat gebu

500 g tepung beras
1/2 cawan tepung sagu ubi
1 biji kelapa, diparut
Kapur sireh sebesar ulas jagung
1 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
4 – 5 ulas bawang putih
1/2 cawan ketumbar biji
1 camca besar jintan kasar
1 camca besar jintan halus
2 camca besar udang kering, rendam 5 minit dan toskan
1 camca besar ikan bilis, rendam 5 minit dan toskan

Cara membuatnya:-

  1. Kelapa parut diperah santan secukupnya (lebih kurang 1.5 liter). Ketepikan. Dalam satu bekas, satukan tepung beras, tepung ubi dan bahan kisar. Larutkan kapur dengan sedikit santan. Masukkan dalam tepung tadi.
  2. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan wisk hingga adunan sempurna kepekatannya. Kalau bonda mat, dia kata kalau kita celup senduk dan angkat, belakang senduk tu akan meninggalkan satu lapisan nipis adunan tepung, kira dah ok…
  3. Perasakan dengan garam, jangan letak banyak2 dulu kerana udang kering dan ikan bilis tu dah masin. Adunan siap untuk ditebar tepi kuali atau menggunakan acuan macam piring tu.
  4. Terpulang sama ada ingin menggunakan kacang tanah, kacang hijau atau kacang dhal…Jika gunakan kacang hijau, cuci dan rendam terlebih dahulu untuk kurang lebih 6 jam, begitu juga kacang dhal perlu direndam (tapi tatau pulak berapa lama nak rendam, sebab tak pernah buat tumpi kacang dhal)…

By the way, I made the kacang hijau rempeyek, and I think I’m gonna make it more before the hari raya.. J. Cumanya, ada certain rempeyek yang tak begitu garing – sebab kepingan dia tebal skit. Cara menebar dekat kuali tu rasanya perlu diperbetulkan ni, maklumla, main sesuka hati sesedap rasa saje.

Actually, there’s a story  behind the scene, hehe. A few days after all the rempeyek is ‘gone’ (it only last for 1 day!!) , I feel that I’m gonna make it for the 2nd round. Highly confidence, I combined all the ingredients and started to fry it. But, the result is not f a kind, I wonder what went wrong. The rempeyek stick really hard to the pan. And after considering all the fact, I realize that I’m using the flour, not the rice flour!!!!.. waaaa…..hahaha. Very frustrated, I just kept the rest of the batter in the fridge. Ingat, jangan terlalu over confident!… haha, and I will keep it in my mind, tepung beras2!!!!…

Categories: Makan-makan

Renungan Jumaat : Pro Aktif Mulakan Dengan yang di Depan Cermin

June 25, 2010 Leave a comment

Salaam…

Sekadar berkongsi ilmu, dari laman web ustaz muda, Ust Hasrizal yang dikagumi ilmu dan peribadinya. Isu ini dah lama saya baca, sekadar ‘refresh’ kembali.

Ulasan Tabiat 1: Pro Aktif Mulakan Dengan yang di Depan Cermin
April 3rd, 2007 by Abu Saif

KENYATAAN:


Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul The 7 Habit of Highly Effective People milik Franklin Covey yang cuba saya olah berdasarkan perspektif dan nilai Islam. Tujuannya adalah untuk menggalakkan masyarakat mengambil manfaat daripada buku-buku Self Help yang ada di pasaran untuk memperkemaskan persembahan Islam agar keberkesanannya berada di tahap semasa dan optimum. Ikuti lanjutan artikel ini melalui artikel-artikel di bawah kategori Revolusi Sikap, atau terus ke Pendahuluan, Habit 1, Habit 2, Habit 3, Habit 4, Habit 5, Habit 6 dan Habit 7 – ABU SAIF

“Macam mana saya nak baik, kalau suami saya jenis manusia macam tu?”, keluh seorang isteri.

“Saya faham Insya Allah, tentang apa yang ustaz cakap. Tapi isteri saya yang masalahnya. Ustaz tak ada buat kursus untuk isteri-isteri?”, kata seorang suami.

“Apa yang ustaz cakap tu betul. Tapi kami orang bawah nak buat macam mana? Teori graviti bukankah atas ke bawah? Orang atas yang kena dengar benda-benda ni”, keluh kerani-kerani dari sebuah bank.

“Saya rasa puas hati betul dengan huraian ustaz. Kami di bahagian pengurusan faham Insya Allah. Alangkah baiknya kalau orang bawah faham benda-benda ini. Sebab mereka yang nak buat kerja-kerja itu nanti”, kata bos-bos yang berkursus.

Itulah nada-nada biasa yang saya dengar setiap kali mengendalikan kursus. Semua orang meletakkan syarat perubahan pada orang lain. Pada seseorang dan sesuatu yang dia tidak boleh ubah.

Walaupun suami ke atas isteri, bos ke atas pekerja, kita hanya mampu menarik kuda ke sungai, tetapi minum atau tidak, tiada siapa yang boleh memaksanya. Tetapi, itulah yang kita suka harapkan. Harapkan orang berubah supaya kita berubah.

Susahlah begini.

Ini falsafah bangau. Sentiasa menyalahkan pihak lain.

BANGAU OH BANGAU

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit.
Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.
Nasi oh nasi, mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.
Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan melimpah turun.
Hujan oh hujan, mengapa engkau turun?
Macam mana aku tak turun, katak panggil aku.
Katak oh katak kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.
Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, MEMANG MAKANAN AKU.

Ya, mujurlah ular berhenti menyalahkan orang lain. Jika ular masih mencari alasan, mungkin nama anda pun akan ada dalam lagu ini. Pelbagai isu akan terlibat.

Globalisasi, dasar kerajaan, Orientalis, jiran, bapa mertua? Siapa lagi dalam senarai pihak yang ingin kita salahkan?

Lihat, apabila ular mula mengambil tanggungjawab terhadap AKU iaitu dirinya sendiri, selesai polemik dan masalah di hutan.

Ya, masalah boleh menampakkan penyelesaian apabila anda akan mula bercakap tentang AKU, iaitu diri anda, diri saya, diri masing-masing.

ERTI PROAKTIF

Inilah namanya PRO AKTIF.

Proaktif bermaksud, mengambil kawalan dan tanggungjawab ke atas diri kita sendiri.

Kita tidak meletakkan kualiti hidup kita atas sesuatu yang kita tidak boleh kawal.

“Ana tak boleh buat apa-apa, kalau jalan jem macam ini, memang ana jadi kaki mencarut punya”, kata seorang pemandu di Kuala Lumpur. Susahlah begitu. Mungkin dia kena pindah ke Kampung Bongek, baru boleh berhenti mencarut.

“Kalau cuaca gloomy macam ini, saya memang depressed”, kata seorang pelajar di Galway, Ireland.

Emm, dia sudah tersalah memilih tempat belajar. Sepatutnya dia memilih untuk belajar di Tha’if, Arab Saudi, atau di Burkina Faso. Barulah cuaca cerah sentiasa.

Kenyataan-kenyataan seperti ini, adalah seperti meletakkan remote controller kehidupan kita di pihak lain. Kita gembira atau sedih, kita bahagia atau derita, semua ditentukan oleh orang lain.

Cuaca yang akan menentukan mood kita.

Ibu bapa yang akan menentukan saya boleh jadi ibu atau bapa yang baik.

Bursa Saham sahaja yang boleh menentukan tahap senyum dan bahagia saya.

Oh, kehidupan seperti ini adalah kehidupan reaktif. Kita tiada upaya untuk memutuskan tindakan atas pilihan sendiri. Kita hanya mampu memberi reaksi.

Hidup begini, adalah hidup yang rumit lagi sulit. Masakan tidak, jika ujian kehidupan menentukan kebahagiaann diri, mampukah kita mencari sebuah kehidupan yang bebas dari ujian?

Berhentilah daripada mencari unsur luar, kerana semua itu ada dalam dirimu. Mahu bahagia atau derita, pilih sendiri. Mahu menafsirkan ujian sebagai kaffarah dari Allah, peluang untuk diperbaiki dan memperbaiki, atau mahu menafsirkannya sebagai bala bencana penyebab derita lagi sengsara, atau mahu menafsirkannya dengan gaya si luncai yang ‘AKU TIDAK PEDULI’SMA, anda pilih sendiri.

Mulakanlah perubahan dengan mengubah diri sendiri. Warnakan alam dengan pandangan anda sendiri.

MENCARI ATAU MENJADI?

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita para benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah”¦ kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan “˜itu”™ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

PROAKTIF DAN BUTANG PAUSE

Orang yang proaktif, tidak mudah melatah. Dia tidak akan bertindak mengikut apa yang merangsangnya. Tidak seperti orang yang reaktif:

Marah, disambut dengan kemarahan.
Sedih, dirundung kesedihan.
Geram, diselubung kegeraman.

Hidup seperti ini susah lagi menyusahkan.

Ingatlah kita kepada cerita Stephen Covey tentang anak dan isterinya?

Ketika Covey sampai di pintu rumah, dia diterpa anak kecilnya sambil berkata, “daddy, I am a hardworking man”

Sandra, isterinya berkata, “tadi semasa saya baru balik kerja, anak kita ini sedang menaburkan bekas-bekas makanan kotor di atas lantai. Kemudian disimbahnya dengan air”

Oh, itu pengalaman kita semua. Balik kerja, penat-penat, sakit-sakit, tiba-tiba anak buat hal. Apa reaksi anda? Bagaimana reaksi Sandra?

“Saya tahan sabar. Saya tanya anak kita kenapa dia buat begitu?”, kata Sandra.

“Apa katanya?”, tanya Stephen.

“Saya nak tolong emak!”, jawab si anak.

Ya, si anak menyepahkan pinggan mangkuk dengan niat mahu MEMBANTU EMAK.

Bayangkan jika Sadra menampar si anak tadi, apakah pelajaran yang anaknya perolehi?

Hatinya akan berkata, “kalau nak tolong emak, nanti kena tampar!”

Jangan terkejut jika anak kita akhirnya membesar berat tulang, berat punggung. Kita yang mengajarnya dulu. Jika mahu menolong emak, habuannya penampar!

Apa kata Sandra?

“Oh begitu, kenapa tak basuh di sinki?”, tanya Sandra kepada anaknya.

“Tak sampai”, kata si anak kecil.

“Baiklah, lepas ini kalau kamu nak tolong emak, beritahu dahulu, ok? Emak akan ambilkan bangku dan kamu basuh di sinki, boleh?”, pujuk Sandra.

“Boleh”, jawab di anak.

“Bagus, you are a hardworking man”, puji si ibu yang proaktif.

Stephen Covey membuat kesimpulan, “dalam situasi seperti itu, prioritinya bukanlah lantai dapur yang bersih, tetapi anak yang ,mendapat pelajaran yang betul.

Bagaimana Sandra boleh menyabarkan diri untuk menjadi proaktif, tidak melatah dan bertindak melulu mengikut rangsangan? Sandra mengamalkan apa yang kita orang Islam namakan sebagai SABAR!

Sabar itu adalah butang PAUSE untuk kita berupaya berhenti sejenak dan berfikir apakah tindakan paling tepat yang kita patut buat.

Sabar bukan sentiasa menjadikan diri sebagai mangsa. Sabar adalah upaya untuk bertindak tepat kerana ada penapis yang menapis persekitaran.

Tidakkah Nabi SAW sudah mengajar kita tentang hal ini?

“Bukanlah gagah itu, pada orang yang kuat bergusti. Akan tetapi yang gagah itu adalah orang yang menguasai dirinya ketika marah!”

Ya, proaktif adalah simbol kegagahan seorang Mukmin semata. Ia bukan topik motivasi, ia sifat Mukmin yang mesti dibaja.

SUMBER SABAR

Bagaimana untuk sabar? Dari mana sumber sabar?

Dan bersabarlah kamu. Dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan Allah [Al-Nahl 16: 127]

Ya, sumber sabar adalah dengan Allah.

Hiduplah dalam meletakkan setiap asas perbuatan pada kesedaran diri terhadap Allah, dari situlah terbitnya sabar. Tiada proaktif tanpa Allah.

DA’IE YANG GAGAH

Sabar dari gusti dan gaduh bukan hanya untuk ibu terhadap anak, malah pendakwah!

Semua yang berlaku di sekitar kita, semuanya mengundang marah. Siapa tidak marah melihat artis celupar terhadap isteri Nabi? Siapa tidak berang dengan penghinaan orang Islam terhadap agamanya sendiri?

Semua yang berlaku di sekeliling kita, memang patut dimarah, memang patut dibalas dengan setimpal-timpal balasan!

Tetapi seorang pendakwah yang gagah bukanlah pendakwah yang kuat bergusti. Gusti hujah gusti lidah, gusti tangan gusti pemikiran. Tetapi pendakwah yang gagah adalah pendakwah yang dapat mengawal dirinya ketika marah!

Simpan kemarahan itu, dan hamburkan di atas sejadah semasa menangis di depan Tuhan. Ubatkan sakit hati itu dengan meratap di sunyi malam di hadapan Tuhan.

Namun, untuk pergi kepada mad’u, kuatkan diri dan banyakkan interaksi, bukan konfrontasi.

Mahu terus bergusti”¦ silakan”¦ Selamat tinggal pendakwah Islam, selamat maju jaya missionari Nasrani!

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
56000, Kuala Lumpur
********************************************************

Untuk himpunan artikel-artikel ust yang lain, boleh kunjungi laman web http://www.saifulislam.com

Categories: Fikir, zikir dan amal

Roti Naisu

June 23, 2010 Leave a comment

Roti Naisu

Salam, all.

Lama sungguh tak dikemaskini blogku ini. Urlnya 1000rasa, tapi tak terasa2 rasanya..

By the way, hari tu ada buat naisu bun. Lama jugak teringin nak buat naisu bun ni, tapi ntah kenapa hari tu baru berlaku kejadiannya. Resepi ni mulanya terjumpa di weblog Mamafami, aduh2.. foto2nya begitu mengujakan!.Dan Mamafami rasanya dapat dari blogger lain. Bila dah berjaya membakarnya hari tu, wahh, gebunya. Memang sodapp. Tambah2 lagi makan panas2, bersama air kopi / teh, mmm, mmm, mmm. Resepinya di salin terus dari Mamafami, thanks Mamafami, I just copy n paste here.

NAISU BUNS
Source : Ayin

Ingredients :

250g high protein flour (I used allpurpose flour)
*1/2 teaspoon instant dried yeast
1/2 teaspoon bread improver
50g sugar
20g milk powder
*100 ml fresh milk
1/2 teaspoon salt
50g butter  *

1 egg
75g water roux
1 recipe Naisu *

Method : (Breadmaker method)

1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in salt, sugar, egg and water roux.
2. Top it with sifted flour, milk powder, dry yeast and bread improver.
3. Set the Breadmaker to Dough function.
4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it’s job. This process will take about 1 1/2 hour including proving.
5. Remove dough from BM and punch down to release the air. Cut the dough 60g portion each. (next time round, I am going to cut the dough into 35g portions to get a ‘cuter’ sized Naisu Buns). Make into round balls and leave to rest for 15 minutes.
6. Flatten the balls and spread the Naisu on top. Roll the dough. Fold in half and cut in the middle. Open it to form a flower shape and place in a muffin cup lined with papercups.
7. Leave to proof till double the size.
8. Sprinkle with a bit of water just before putting the buns into the preheated oven at 180 C. Bake for 20 minutes or till golden brown.
9. Brush with a bit of butter, once out of the oven.

******************************************************************

And since I don’t have a BM at the moment (hope to get it, someday!) , I just combined all the ingredients (except for the *), mixed well. Lepas tu lubangkan di tengah2 bahan tadi, masukkan telur, gaul rata. Kemudian, tambah fresh milk + yis. Uli hingga jadi doh. Kemudian, masukkan butter dan teruskan uli hingga jadi doh yang lembut. Biarkan doh naik, dalam 45minit. Tutup dengan kitchen towel bersih. Then, I follow the step from 5-9 above.

Categories: Makan-makan

Apam Marmar

June 23, 2010 Leave a comment

Salaam,

Apam marmar ni dah di buat pada 5/5 yang lepas lagi. Tapi itulah, baru nak di masukkan entinya. Apapun, untuk kesekian kalinya, resepi di ambil dari blog Mamafami yang memang macam2 adaa tu.. thanks again, for your lovely recipe. Just copy n paste here. But then, the appearance, of course..haha.. but never judge the apam by its cover… hehe..rasanya kena steam lagi lama, sebab dia tak mekar mcm mamafami buat, maklumla kukus pakai periuk jer.. tapi kan, walaupun ghupamu begitu, namun rasamu tetap gebu, lembut2 gitu.

APAM MARMAR                                                                               
Source: Mamafami
Ingredients : (Size 8 inch chiffon tin)

250 g self raising flour
200 ml coconut milk
170 g castor sugar
2 large eggs
1 teaspoon vanilla essence
1 teaspoon ovallette
a pinch of salt
Food coloring, green, pink, yellow

Method :

1. Place all the ingredients except food coloring in a mixing bowl.
2. Beat on low speed till the ingredients are well incorporated.
3. Increast to high speed and beat till fluffy and thick.
4. Divide to 4 portions. Add color to the 3 portions and leave the other one plain.
5. Grease the tin with butter. Spoon each color on top of the other. Repeat till all the mixture have been used.
6. Steam for 45 minutes.
7. Leave to cool before cutting.

Categories: Makan-makan
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.